Teknikal
Trade dari sudut teknikal adalah yang paling popular dan senang. Ini kerana anda tidak perlu mengkaji atau membaca news di bloomberg atau wallstreat. Ramai trader meletakkan 100% prediction untuk OP atau entry berdasarkan sudut teknikal.
Keadaan ini akan menyebabkan anda tidak konsistan dalam mencari TP. Ini disebabkan anda terlalu percaya pada indicator tersebut atau anda sendiri tidak tahu mahupun faham akan fungsi sesuatu indicator tersebut. Harus dingatkan indicator bukan berfungsi untuk memberitahu anda secara langsung sell atau buy.
Ia hanya bertindak sebagai laging, petunjuk atau pengukur kekuatan trend atau keadaan sesuatu trend yang sudah atau sedang berlaku. Tidak kira apa indicator yang anda guna, yang penting anda memahami sebab musabab untuk anda entry berdasarkan pada petunjuk daripada indicator tersebut.
Indikator/teknikal hanya mempengaruhi 40% sahaja ketepatan prediction anda dan yang selebih nya 50% dari fundimental . Baki 10% dari human factor.
Berikut adalah beberapa indicator yang popular dan berkesan
a) moving average.(MA)-Satu peringatan penting…candle akan bergerak mengikuti MA
b) Stochastic(stoch)-Stoch sesuai diguna dalam keadaan market ranging.
c) rsi(relative strength index )-mengukur kekuatan.
d) ADX-dugunakan untuk mengukur pembentukan
e) fibonachi-untuk mengesan retracment
f) trendline-untuk perjalanan market trend
g) support dan resistant-hi dan low market trend
h) elliot wave(EW)-track perjalanan market-supaya anda tidak dibuli(marketbuli)
Harus di ingatkan sekali lagi…indicator hanya memberi petunjuk atas apa yang telah berlaku dan sedang berlaku. Prediction market adalah analisis market atas apa yang akan berlaku dan pada ketika ini lah fundimental memainkan peranan.
