APAKAH FOREX ?

Forex ataupun pasaran tukaran mata wang asing adalah satu pasaran wang antarabangsa. Nama FOREX ditubuhkan daripada nama operasi pertukaran matawang asingnya : Pertukaran Asing, atau ringkasannya FOREX. Forex adalah salah sebuah pasaran kewangan termuda dan telah mendapat tempat sejak 1970. Disebabkan oleh isipadu pasaran wang, forex adalah pasaran yang berkembang paling dinamik.

Pusingan harian forex mencapai 4 trilion USD, iaitu 30 kali lebih daripada isipadu am keseluruhan pasaran tukaran di AS.  Dalam kes pasaran wang, barang-barang ini mengandungi mata wang asing negara. Pada dasarnya, kadar matawang ditentukan oleh institusi kerajaan serta syarikat- syarikat komersial di seluruh dunia yang perlu untuk menukar aliran untuk dagangan mata wang di negara-negara asing. Mereka membentuk 5% pusingan isipadu aliran pasaran umum. Selebihnya, 95% datang daripada dagangan spekulatif di mana peniaga-peniaga cuba mendapatkan keuntungan berjual beli mata wang pada kadar-kadar berubah-ubah. 

Forex sebelum ini hanya dikuasai oleh golongan tertentu sahaja  seperti George Soros, Warren Buffet , pelabur-pelabur besar serta bank-bank diseluruh dunia. Masih ingatkan anda pada 2/7/1997,dimana negara kita mengalami krisis kewangan yang teruk akibat daripada permainan Soros. Perbuatan Soros bukan sahaja pada negara di asia tetapi Bank of England pernah juga menjadi mangsa (16/9/1992-black wednesday). Dimana pada masa itu Bank of England tidak mahu menurukan kadar interest seperti yang diminta oleh Soros. Kesan pada perbuatan Soros telah menyebabkan nilai pound jatuh melebihi 1000 pips.

Selepas berlakunya krisis pada tahun 1997,presiden Clinton telah mengumumkan forex boleh disertai oleh semua golongan dan bukan hanya dimonopoli  golongan tertentu sahaja untuk mengelakan serangan nilai matawang keatas sesebuah negara.


KELEBIHAN FOREX BERBANDING PASARAN KEWANGAN LAIN

Ada banyak kebaikan dan kelebihan untuk kita trading Forex berbanding lain-lain pasaran kewangan. Antaranya ialah:

1) Tiada Komisen.
    -  tiada yuran tukaran,
    -  tiada yuran kerajaan
    - broker mengambil keuntungan daripada ‘bid-ask spread’

2) Tiada Middlemen (orang tengah).
    -  trading matawang secara ‘spot’ akan menghapuskan peranan orang tengah.
    - trader akan terus dihubungkan dengan pasaran

3) Saiz Lot Yang Fleksibel.
   - dalam Pasaran Hadapan (Future Market), lot atau saiz kontrak telah ditetapkan dan ia tidak fleksibel                         . 
   - dalam Forex , anda menentukan sendiri saiz lot yang anda mahukan mengikut  kehendak anda selagi modal anda mencukupi untuk melakukan urusniaga tersebut.
   - saiz lot yang boleh ditentukan sendiri ini membolehkan anda memulakan trade dengan modal serendah USD1 – mengikut broker.

4) Kos Transaksi Yang Rendah.
   - kos transaksi yang rendah di mana broker hanya akan mengambil ‘bid-ask spread’ sebagai hasil mereka.
   - bid-ask spread ini adalah beza antara harga bid dan ask.


5) Pasaran 24 Jam Sehari.
   - pasaran Forex dibuka 24 jam sehari mengikut sesi dagangan dunia.
   - waktu dagangan 24 jam ini juga memberi kemudahan kepada trader yang mempunyai pekerjaan tetap untuk melakukannya secara sambilan diluar waktu kerja mereka.

6) Tidak berlaku penyelewengan dalam harga pasaran.
  - pasaran Forex adalah terlalu besar dan mempunyai terlalu ramai peserta (daripada bank-bank hinggalah kepada trader kecil seperti kita).
   - tidak ada sesiapa pun yang mampu mengawal harga pasaran. Jadi tidak akan berlaku sebarang penyelewengan oleh individu mahupun broker dalam penentuan harga pasaran.Jangan bimbang..

7) Leverage
   - dalam urusniaga Forex, walaupun anda mempunyai nilai deposit (modal/margin) yang kecil, tetapi dengan bantuan leverage yang diberikan oleh broker, maka anda mampu bermain dengan saiz kontrak yang besar seterusnya membuat keutungan lebih banyak.
  - tanpa bantuan leverage dari broker, anda tidak akan dapat melibatkan diri dalam ‘permainan’ ini. Kecualilah jika anda memang seorang yang terlalu kaya dan memiliki modal sekurangnya USD10 000.

8) Kecairan yang tinggi.
   - forex adalah satu pasaran yang cukup cair (high liquid high risk)
   - anda tidak perlu menunggu lama untuk menjual dan membeli satu-satu currency pair.
   - hanya klik mouse computer anda dan urusniaga anda akan terus dilaksanankan dalam masa beberapa saat sahaja.
   - anda tidak perlu risau untuk mencari penjual dan pembeli untuk melakukan urusniaga tersebut.

9) Akaun ‘demo/praktis’, berita, carta, dan analisis percuma.
  - kebanyakan Broker Forex online menyediakan akaun ‘demo’ untuk anda membuat latihan urusniaga, beserta berita terkini dan carta harga pasaran.
  - semuanya adalah percuma.
  - ia adalah bagus untuk trader-trader yang baru mengenali forex kerana berkesempatan melakukan urusniaga dengan wang ‘mainan’ yang diberikan oleh broker.
  - anda boleh berlatih sehingga mahir berurusniaga dengan wang mainan tersebut sebelum mendeposit dengan wang sebenar dalam akaun ‘real’.


Langkah-langkah bagaimana hendak trade  forex :
1. pilih broker(banyak broker forex samaada foreign atau local seperti instaforex atau fxmalay)

2. register akaun atau berurusniaga (deposit atau withdraw) dengan broker sah yang dilantik .

3.download trading terminal kedalam pc anda( kebanyakan broker mengunakan metatrader,terminal ni adalah software untuk kita melakukan trade,(sebab  kita yang akan trade sendiri).

4.deposit atau withdraw duit hanya dibuat melalui broker yang sah dan transaksi dilakukan mengunakan local bank

5. bermula trade


Forex adalah satu bentuk perniagaan yang diuruskan sendiri oleh anda.Ia bukanlah skim dimana anda melaburkan duit dan membiarkan pihak lain yang trade untuk anda. Jika ada skim sebegini cuba elakkan kerana sudah banyak penipuan yang telah berlaku.
DUIT ANDA ..... AKAUN FOREX ANDA......URUSKAN SENDIRI DENGAN BIJAK DAN SELAMAT