Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf jika ayat atau frasa dalam blog ini agak tidak teratur. Ini adalah nukilan saya tentang apa yang saya perolehi sepanjang bergiat dalam bidang trading forex ini. Walaupun ayat atau frasa dalam nota ini tidak setanding mana-mana buku forex yang lain ia adalah pemahaman yang telah saya dapat dan pelajari daripada otai-otai,forum-forum,buku-buku,kelas forex dan yang paling penting semua ini adalah dari pengalaman saya. Apa yang penting tips-tips yang saya tuliskan dalam blog ini anda akan faham serta merasai nya sendiri.
Bukan senang untuk senang……jalan sudah ada…..yang penting kesungguhan dan jangan putus asa.
INTRODUCTION
Disepanjang pengalaman saya trade ,dapati lebih 95% masalah yang saya hadapi:
a) tidak fokus atau tersilap fokus. Kebanyakan trader fokusnya ke arah lain ketika trading...
Ben Graham mengariskan 2 peraturan utama trading iaitu...
1. Jangan hilang duit
2. Jangan sesekali lupa peraturan pertama!
ramai trader baru, Fokus mereka ialah "buat" duit, tapi sementara mereka dalam proses "buat" duit , mereka sebenarnya lebih banyak buang duit dengan meletakkan risiko melebihi modal.
Contohnya: kerana tidak mahu kehilangan duit, trader meletakan stop loss (SL) yang terlalu kecil atau tidak meletak SL.Jika anda trade dengan modal USD100 anda sepatutnya meletakan SL= 25pips. dengan SL ini anda mempunyai 4 peluang untuk mencuba. Trade pair yang slow atau tidak volatile seperti USD/JPN atau AUD/USD. Supaya anda dapat mengawal kerugian anda.Dengan modal yang kecil serta kurang pengalaman, trader sepatutnya memikirkan lebih dalam mengawal kerugian berbanding mencari keuntungan yang melampau(KETAMAKAN).
b)gopoh dan tergesa-gesa ketika OP atau entry
Ramai trader yang terpengaruh dengan color candle semasa OP. Sentisa tergesa-gesa untuk OP kerana berfikiran yang anda akan terlepas peluang jika lambat OP apabila melihat bentuk candle seperti spike atau fullbody. Dan akan menyesal bila market bergerak dalam keadaan yang sebaliknya selepas itu.
Sentiasa berfikir bahawa entry yang tergesa-gesa tanpa analisis atau sebab musabah akan membuatkan anda sentiasa kerugian. Market akan sentiasa memberi anda peluang seterusnya untuk OP tetapi wang/modal anda tidak begitu. Jadi sayangi lah duit anda.
c)salah tafsir fungsi indicator
Tahukah anda mencampur adukkan banyak indicator dalam chart menyebabkan anda lebih banyak kehilangan duit, ini kerana setiap indicator ada fungsi asas yang sesuai digunakan untuk keadaan tertentu, contohnya Stochastic,RSI dan ADX . Cuba anda bayangkan apa terjadi kalau anda gabung kan semua indicator tersebut untuk trade pair yang superfast macam GBP/JPN..
dan kesilapan yang besar ketika OP berpandukan bila ada cross moving average atau bila MACD naik melepasi 0 lvl atau ketika ADX naik melepasi 40 level..., etc
Semua indicator ini hanyalah laging indicator , perkara pertama yang anda harus tekankan ialah pergerakan price itu sendiri.. dan fundamental elemen yang drive pasaran, fokus utama ialah Supply and Demand bukan indicator dalam chart itu.
anda sepatutnya belajar trading pasaran matawang, bukan mengkaji indicator..
d) money management
newbie selalunya didedahkan dengan money management.contoh pemahaman yang salah seperti daily target profit.trader meletakkan tekanan pada diri dimana setiap hari mesti mencapai profit seperti yang dirancang 30pips/daily.disebabkan target itu anda akan memaksa diri anda untuk OP walaupun anda sendiri sedar akan keadaan market pada masa itu tidak sesuai untuk OP.Dan apa yang berlaku anda baru sahaja mencipta SL bukannya profit yang anda cari.
Market tidak menjanjikan waktu yang sama untuk trade.anda yang harus bijak untuk menentukan.tidak semestinya bila anda trade setiap hari pada pukul 9pm anda akan berterusan memperolehi profit.jadi sentiasa mencari peluang dengan bijak.
Market sentiasa berada dalam keadaan unpredictable. Tugas kita sebagai trader adalah mencari ruang-ruang entry yang tepat dan bersederhana. Kita tidak mencari 100% ketepatan tetapi kita mencari peluang yang betul pada masa yang kita yakin untuk OP. Adalah lebih penting jika kita sendiri dapat menjawab persoalan di fikiran kita kenapa kita trade,kenapa kita OP,kenapa kita pilih buy,kenapa dan kenapa. Jika semua jawapan sudah berada dalam tangan anda…. Anda sudah mula mengawal kerugian dan lets the profit run
Jika ini kerjaya yang anda pilih, marilah kita "upgrade" kan diri serta pemikiran kita ke tahap yang lebih tinggi untuk trade sebagai seorang yg pro.
Bagi anda yang hendak mengetahui atau belajar lebih dari apa yang anda baca diblog ini, boleh sms/email saya untuk kelas(one to one).Lokasi sekitar KL.
Wandy
012-3109707(sms sahaja)
intraniagaforex@gmail.com
Market Analysis
Risk & Financial Management
-intraNIAGA -

